17 December 2015

Teringin

Tiba-tiba rasa mood nak bercuti. tapi apakan daya tiada apa yang dapat di tunaikan. Hanya mampu melihat gambar je la. Terasa pulak nak pergi bercuti ke Langkawi. Dulu pernah la pergi.. tapi 5 atau 6 tahun yang lepas. Adess lama tu, dalam fikiran ni asyik teringat suasana masa kat cable car dulu...


Alahai.. alangkah indahnya dapat bercuti bersama family. ni je la gambar yg leh wat cuci mata. hehehe, Wow Skybridge teringin pula nak meniti di atasnya.. ;p



cantiknya.. x pe la... cuci mata pun ok.. harap next time dapat la bercuti bersama family ke sana, bekerja keras untuk sampai nun di situ. jalan2 cari makan pun boleh.. hahaa.. 




14 December 2015

Perkahwinan



Alhamdulillah.. 26/11/15 dengan ini genap lah ulang tahun perkahwinan kami yang ke 4 Tahun. Dikurniakan 2 orang Prince Charming, iaitu Aiman Nuqman (2 tahun) Dan Ammar Muhaimin (7 bulan).




Semoga jodoh kita panjang dan berkekalan hingga ke jannah.




17 November 2015

Langkah Pertama 6 Bulan


Fuhh.. Anak kedua Srikandy Dah berusia 7 Bulan. Bermula la operasi menggoogle segala jenis makan Baby step pertama, Sebab masa anak pertama srikandy hanya beri dia makan nestum je.. agak malas sikit nak wat makan baby ni. Sekarang ni srikandy dah ada kesedaran sikit.. Maka dengan ini terjumpa la beberapa jenis makanan Baby yg senang dan ringkas untuk di buat. Pertamanya kena la kaji dahulu 
bagaimana hendak memulakan/memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. lihat lah gambar rajah di bawah :-



Bila dah tau stepnya nak memperkenalkan makanan kepada baby,, so sekarang kita buat la pulak menu nya, ;) kat bawah ni srikandy ada terjumpa beberapa gambar menu cara membuat pure untuk baby, 









































so.. ini je la yang sempat srikandy google untuk menu step pertama ni, yang paling mudah dan cepat. yang lain srikandy x sempat nak share lagi. pasni srikandy akan google lagi untuk kongsi menu makanan baby yang lain lak... :) 

14 November 2015

Perkembangan



Masa berjalan begitu pantas, cepat betul Aiman membesar, petang semalam bawa dia pergi riadah di Hutan Bandar Mutiara Rini, tak sangka lak dia dah pandai main bola, Tengok gayannya dah mcm pemain bola pulak... hehehe,,,


Melihat telatah anak bujang sorang ni bermain bola, terhibur lak rasa di hati.. even naturally dia adalah seorang yg manja dan sangat banyak karenah. layankan hajee perangainya... hehehe..
Lihatlah skill sepakan bola dia tu,, 'Wow Mengancam' ;)


Tak tau lah dari mana dia belajar main bola nie.. mgkn dia pernah tengok dari  TV gamaknya... ATAUPUN dia belajar dari Hero Pujaan Hatinya ialah :-


Siapa lagi.. of course la ayahnya,, hehehe,.. emaknya jadi pengadil je la duk tengok dari tepi.. Duk jaga adiknya skali Ammar Muhaimin. Kalo tak mama pun dah join skali duk main bola. ;p

10 November 2015

THROWBACK


#THROWBACK

Hari Raya Aidilfitri, First time beraya bersama keluarga belah Serikandy dan First time juga beraya di 2nd house my parent di Melaka, alangkah gembiranya. kenangan yang begitu indah yang tak dapat dilupakan.

Riang ria di hari raya kebetulan baru bersalin kan anak No.2, lagi meriah sakan la beraya bersama keluarga tercinta. nak di jadikan cerita semuanya meriah la. even baju raya kami tak sedondon.. hahaha.. bercarca marba la jadinya.

sebagai penutup kata inilah kenangan serikady yang paling gembira dan tak dapat dilupakan.

5 November 2015

masih mencari

masih mencari idea apa yg nak di update kat blog nie.. ;p

3 November 2015

Muncul kembali

setelah sekian lama menyepi, kini hanya ingin mencuba memunculkan diri kembali. saje nak test.... 1....2....3....